Pandangan Penyatuan semula China

Taiwan

Majoriti penduduk Taiwan menyokong status quo sedia ada demi mengelakkan pergelutan bersenjata dengan China, namun ada sebahagian penduduk yang ingin menetapkan status Taiwan sebagai suatu entiti yang tersendiri yang memisahkan identiti Cinanya daripada entiti politik China (台灣正名運動, Taiwan zhengmin yundong).[3]

Penyatuan segera tidak disokong mana-mana parti politik dalam Taiwan. Pendirian Parti Dekat dengan Rakyat mahukan status quo dikekalkan manakala Kuomintang menyatakan keutamaan mempertahankan kedaulatan Republik China serta status "China yang satu" yang lebih memihak kepada pemerintah Republik China. Parti-parti tersebut yang membentuk "Pakatan Se-Biru" ini dilihat sebagai penyokong secara tradisi - yakni mereka mahu Taiwan mengaitkan budayanya sendiri dengan China tanpa melepaskan sebarang identiti negara yang tersendiri.

Tanah Besar China

Penduduk Tanah Besar mempunyai pendapat yang agak berkepincangan mengenai pedekatan ini, di mana banyak mengambil pertimbangan kawasan strategik Taiwan yang berdekatan dengan Laut China Selatan setra kerjasamanya dengan Amerika Syarikat]] yang dilihat bisa menggugat Republik Rakyat China.[4]

Banyak penduduk Tanah Besar riasu akan ancaman pergerakan Kemerdekaan Taiwan (“台独”) yang dilihat sama ada sebaagi puak pemisah radikal,[5] sebagai pihak yang ingin menunjukkan suatu "muka poliitk" berlagak kuat senata-mata sehingga menggadaikan pembangunan Taiwan.[6] Kerisauan ini semakin membuak dengan pelantikan Tsai Ing-wen dari Parti Progresif Demokratik yang mendokong pergerakan ini sebagai Presiden Taiwan, di mana polisi-polisi beliau dianggap bisa memecahbelahkan China serta memburukkan hubungan antara China dan Taiwan.[7]